Sunday 8 February 2015

FAKTOR DAN KESAN 13 MEI 1969

Merupakan peristiwa pergaduhan antara 2 kaum utama negara iaitu kaum melayu sebagai kaum yang telah bertuan di tanah melayu sejak berkurun lamanya dan kaum cina ,kaum yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak zaman kolonial British atas faktor buruh dan juga faktor perdagangan.


Faktor utama yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku  adalah perasaan tidak berpuas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang telah membangkitkab soal-soal bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Selain itu, sistem pendidikan pada ketika itu menggunakan sistem vernakular dan informasi yang boleh diperolehi sangat terhad. Faktor kedua adalah dasar perpecahan perpaduan kaum. British semasa  Zaman Penjajahan British telah memecahkan perpaduan kaum antara 3 kaum utama yang mendiami Tanah Melayu. Selain itu mewujudkan jurang ekonomi dan juga menyumbang kepada jurang pendidikan kerana kehidupan setiap kaum diasingkan mengikut kegiatan ekonomi. Kaum Cina telah bertapak di kawasan bandar untuk menjayakan ekonomi Tanah Melayu dan juga lombong biji timah untuk menyedut kekayaan Tanah Melayu demi kepentingan British. Masyarakat Melayu dibiarkan dengan ekonomi sara diri seperti peribahasa Melayu 'kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang'. Maka ini dalam memberi impak kepada masyarakat Tanah Melayu pasca merdeka dengan perbezaan status sosial ekonomi antara kaum. Faktor seterusnya ialah dasar ekonomi dan pendidikan. Disebabkan orang Cina memegang kuasa ekonomi maka mereka juga mempunyai kelebihan dalam pendidikan juga. Mereka merupakan kaum awal yang memonopoli pendidikan di sekolah Inggeris. Kebanyakkan anak-anak Melayu bersekolah di sekolah Melayu di mana tahap pembelajaran hanya setakat di peringkat rendah. Dengan ini jelas menujukkan masyarakat Melayu ketika itu ketinggalan daripada arus perkembangan pendidikan.
Faktor terakhir ialah kegagalan pihak tentera, Kegagalan sistem keselamatan negar yang menyebabkan pertumpahan darah selama beberapa hari bermula 13 Mei hingga darurat diisytiharkan 16 Mei 1969.


Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

Pengisytiharan darurat.berikutan rusuhan yang berlaku pada 13 mei  disekitar Kuala Lumpur dan Selangor ,pada 16 mei ,Darurat telah diisytiharkan oleh Yang Di-pertuan Agong.Apabila berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan..Seterusnya negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai angkatan tentera.Kesan kedua ialah tubuahnya MAJLIS GERAKAN NEGARA(MAGERAN) pada 17 MEI 1969,Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Pengarah MAGERAN.Tujuan  bagi menangani isu2 pembinaan semula perpaduan masyarakat.Tugas Utama mengembalikan keamanan dan undang-undang negara,mentukan pentadbiran yang licin dn sempurna.Dengan ini wujudnya RUKUN NEGARA sebagai ideologi kebangsaan Malaysia.Rukun negara menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Kerajaan telah mewujudkan dasar ekonomi baru (DEB) pada tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGAREN. DEB bertujuan merapatkan jurang ekonomi antar semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB bertujuan mengurangkan perbezaan ekomoni, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.